Sep 19, 2009

PERGINYA RAMADAN KALI INI

10:57 AM |

Salam alaikum wbr.

Pertamanya minta maaf kerana blog ini tidak dikemas kini sepanjang bulan ramadan. Alhamdullillah, kini saya dapat update semula diakhir ramadan ini dan terlebih dahulu mengucapkan SEMUGA BERJAYA BERPUASA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. MAAF DIPINTA SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA SEMASA MEMAPAR PERSPEKTIF dalam blog ini.

Kita semua diajar tentang ramadan yang datang setiap tahun, bulan yang kita wajib berpuasa didalamnya. Seperti amalan-amalan lain, puasa sangat relevan kepada semua orang islam. Yang berbeza ialah penghayatan oleh pengamalnya. Setiap orang mempunyai pengalaman sendiri yang tidak sama dengan pengalaman orang lain.

Yang pasti kewajiban puasa diharap menjadi catalist untuk menjadi orang BERTAQWA. Itu yang semua orang faham dari ayat yang sering dibacakan kepada kita ..

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu berpuasa , Semuga kamu bertaqwa.."

Jujur: Contoh buah amalan puasa

Jujur ialah salah satu contoh sifat taqwa.. Latihan untuk menjadi orang jujur terdapat dalam amalan puasa. Apabila berpuasa seseorang itu perlu menahan diri dari makan dan minum samada didepan orang ramai atau sendirian. Dari kecil hinggalah dewasa, begitu diajar mengenai amalan puasa. Sebenarnya kalau hendak, seseorang itu boleh saja makan bila berseorangan dan mengatakan tetap berpuasa kepada ibu bapa atau orang lain. Tidak ada siapa yang nampak dan tahu. Berlanjutan hingga keusia dewasa, amalan tersebut terus-terusan melatih umat islam membina nilai jujur dihadapan Allah swt.

Jujur ini adalah nilai universal yang dipandang mulia oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira sepadan geografi, ugama dan bangsa. Orang yang jujur sangat dihargai dan dihormati. Sifat jujur mendapat keutamaan semua orang di tempat kerja, dalam organisasi, urusan perniagaan, pergaulan seharian dan sebagainya. Orang jujur boleh dipercayai dan tidak akan berlaku khianat kepada amanah. Sebabnya sifat itu lahir dari dalam hati yang telah dilatih sejak dari kecil.

Berbagai kesah orang jujur disanjung mulia di dalam masyarakat. Pernah penulis pergi ke Cape Town, Afrika Selatan. Antara sembang-sembang dengan orang islam disana mengenai imej orang islam semasa pemerintahan dasar apartied. Orang berkulit putih adalah warga kelas pertama mendapat keistimewaan. Kulit berwarna adalah warga kelas dua yang ditindas wewenang pemerintah termasuk orang islam. Sekarang dasar apartied telah dimansuh. Seluruh dunia mengecam dasar itu. Hanya Israel yang mengamalkannya yang dikenakan keatas bangsa islam Palestin.

Walaupun sebagai rakyat kelas kedua dan menjadi kelompok minoriti, orang islam di sana tetap dihormati kerana kejujuran yang dimiliki. Kehadiran mereka disedari oleh kelompok yang lebih besar sebab mereka mempunyai nilai hidup yang lebih mulia. Sering berlaku didalam mahkamah, kalau yang menjadi saksi dalam perbicaaraan ialah orang islam, hakim akan menerima persaksiannya berbanding orang bukan islam lain...

Bukan sahaja individu islam dipercayai, malah masyarakat islam disana mendapat penhormatan sebagai kelompok yang lebih jujur. Sekarang, apabila dasar apartied sudah berakhir sejak 1995, orang islam disana menjadi kelompok pekerja pilihan yang berjaya. Mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam organisasi kerajaan, gedung-gedung perniagaan dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga ramai yang berjaya dalam perniagaan. Imej baik yang mereka miliki adalah hasil dari tarbiyyah islam yang seterusnya membawa kepada kejayaan.

TINGKATKAN PENGHAYATAN RAMADAN

Amat malang sekiranya kita tidak memiliki sifat taqwa yang memberi mertabat mulia kepada orang islam, sedang amalan berpuasa tidak pernah lepas setiap kali ramadan menjelang. Kenapa mesti berlaku berbagai sifat buruk dikalangan orang islam. RASUAH, MENIPU, PECAH AMANAH, SALAH GUNA KUASA, MENINDAS, PILIH KASIH, PERKAUMAN, RACIST, FASIST, TIDAK SALING MENGHORMATI dan sebagainya. Munginkah tidak ada penghayatan dalam amalan puasa selama ini?

Kejayaan hidup ini bukan setakat mencapai kejayaan kebendaan sahaja. Yang lebih penting ialah kejayaan mencapai akhlak yang mulia. Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa menilai amalan puasa tahun ini yang telah sebulan dilaksanakan. Terlalu banyak yang perlu dipelajari dari amalan puasa tersebut.

Puasa dan Ramadan adalah madrasah yang mengandung khazanah rohani dan jasmani yang perlu digali untuk mendapatkan mutiaranya. Jangan berhenti menghayati dan menggali mutiara puasa dengan berlalunya ramadan kali ini. Semangat ramadan yang mulia itu patut terus dipertahan hinggalah bertemu ramadan akan datang. Terus dengan amalan puasa sunat dibulan-bulan lain antara penghayatan ramadan yang sangat digalakan.

Sama-sama kita bermohon minta jauhkan amalan puasa kita yang lepas dari sekadar dapat lapar dan dahaga sahaja.

Hingga bertemu dilain perspektif. SALAM ALAIKUM WBR

iR. HKT