Oct 29, 2009

SEMINAR POLITIK PAS PADA 7-NOV-2009: GESAAN NIK AZIZ DIPATUHI

4:04 PM |

GESAAN TG NIK AZIZ YANG MENGEJUTKAN
Mesyuarat Ajk pusat menetapkan Pas akan menganjur seminar politik dan bukannya EGM seperti yang diminta oleh TG Nik Abdul Aziz. Seminar tersebut diharap akan memantapkan peranan pas dalam politik nasional sebagai rakan parti PKR dan DAP di dalam PR. Keputusan tersebut tepat pada masanya untuk menyerlahkan peranan dan setiakawan pas didalam PR kerana kebelakangan ini Pas dilihat tidak comitted untuk 'berperang' dengan BN terutamanya Umno. Seperti didakwa oleh TG, pemimpin kanan Pas termasuk presiden, timbalannya, Setiausaha Agung dan seorang pesuruhjaya negeri masih cenderung dengan kerajaan perpaduan (Uni-gov) UMNO walaupun keputusan muktamar 2009 telah menolak idea itu. Pas sendiri secara resmi menyatakan tidak bersetuju dengan Uni-gov (cadangan Umno?) tersebut sebaliknya akan tetap setia dengan PR. Walaupun begitu, pendirian itu masih dipersoal.
Tindakan pimpinan kanan pas tertentu tidak selari dengan keputusan resmi tersebut hingga menjejas keyakinan rakan parti lain malah oleh rakyat pelbagai kaum yang memberi undi besar kepada PR dalam PRU12 yang lepas. Inilah alasan kenapa secara tib-tiba TG mencadang EGM untuk 'menghakimi' pemimpin kanan pas yang dinamakan oleh beliau. Pentadbiran parti sekarang tidak menjaga nama baik parti, tidak setiakawan dengan rakan parti dan tidak tahu adab 'bertahalluf' dalam politik.
FASA YANG KRITIKAL
Sebenarnya Pas sedang berada dalam fasa yang kritikal. Gaya Pas membuat keputusan di dalam Fasa ini akan menentukan survival politik dimasa depan. Ini adalah kali kedua Pas menghadapi keadaan genting selepas menghadapinya kali pertama masa menolak kepimpinan Asri Muda dahulu.
30 tahun yang lalu Pas telah membawa perubahan kepada terbentuknya Kepimpinan Ulamak (sebagai pengaruh dari kemenangan revolusi islam Iran yang dipimpin golongan ulamak). Dewan Pemuda Pas yang diketuai oleh Mustapha Ali pada masa itu memainkan peranan penting menjatuhkan Datuk Asri Muda yang dilihat tidak relevan dengan kepimpinan ulamak dan 'direction' parti islam. Sebagai pengganti, Yusuf Rawa telah dipilih menjadi presiden dan selang beberapa tahun diganti oleh Fadhil Noor. TG Nik Aziz menjadi Mursyidul Am selepas jawatan itu dilepaskan oleh Yusuf Rawa. Kepimpinan ulamak Pas terus berjuang menentang BN. Pencapainya turun naik. Hasilnya dapat dilihat dengan kemenangan Pas memerintah Kelantan hinggalah sekarang. Terenganu pun dapat diperintah tetapi selepas satu penggal, BN menang semula. Pas terengganu dilihat bertanggungjawab dengan kekalahan itu. Dalam PRU12 yang lalu, Pas menang besar hasil kerjasama dengan PKR dan DAP tetapi terengganu masih kekal ditangan BN/Umno..
Hampir 2 tahun PRU12 berlalu, Pas kembali menghadapi keadaan genting. Hanya bentuknya sahaja yang berbeza.
Pas sedang dilanda dilema menetapkan pendirian samada berdiri teguh dalam PR atau membuat 'cross' bekerjasama dengan UMNO untuk memerintah negara ini. Kemelut ini sebabkan PAS tidak stabil. 2 team dalam Pas yang berlainan pendirian melebarkan pengaruh masing-masing. 2 kali muktamar telah dibuat; kedua-duanya menolak sebarang kerjasama dengan umno/BN. Walaupun begitu, terdapat pimpinan tertinggi mengadakan rundingan sulit dengan Umno. Rundingan itu dinafikan apabila ditanya. Satu perkara yang sangat melucukan telah berlaku. Ketua penerangan pada masa iu menafikan adanya rundingan itu; tetapi bila diakui oleh seorang pimpinan tinggi lainnya mengatakan rundingan telah menemui Pak Lah menyebabkan ketua penerangan tadi meminta maaf secara terbuka kepada ahli-ahli Pas didalam akhbar harakah kerana beliau gagal memberi maklumat yang betul. Sesama AJK pusat tidak mengetahui! Itu adalah 'hidden' agenda yang berlaku diperingkat awal.
Setiap kali ditanya, jawapannya Pas akan tetap bersama dengan PR dan pembentukan Uni-gov Pas-Umno tidak berbangkit. Tetapi tindak tanduk Pas tidak menggambarkan pengakuan itu. Kesamaran ini beterusan dan Pas gagal menetapkan pendirian dengan muktamadkepada ahli-ahlinya dan rakan politiknya.
Terdapat agenda tersembunyi yang cuba membawa Pas bekerjasama dengan Umno. Selepas muktamar 2009 di Shah Alam, barisan dewan harian, Ajk penting dan pesuruhjaya Pas negeri adalah orang yang cenderung kepada kerjasama dengan umno. Dakwaan ini benar sekiranya diteliti setiap orang yang membarisi pimpinan Pas sekarang. Barisan pimpinan lama seperti Muhamad Sabu, Husham, Dr. Hatta, Kamaruddin Jaafar, Dr. Dzulkifli, Khalid Samad dan beberapa yang lain tidak mempunyai peranan penting. Mereka dilantik semula kerana percaturan politik sahaja, bukan kerana MERIT yang mereka miliki. Kekalahan mereka semasa pemilihan parti dijadikan justifikasi percaturan itu.
Hanya TG Nik Aziz sahaja yang berbeza pendirian. Itu pun sebab TG adalah Mursyidul Am yang diluar dari AJK Pusat. Lagi pun agak sukar untuk dicatur perlantikannya kerana peribadinya yang hebat. Walaupun keseorangan, TG mampu membaca percaturan yang dibuat dan mampu menghadapi bentuk percaturan yang direncana.
Oleh kerana percaturan dalaman Pas telah menjejaskan reputasi Pas sebagai parti islam, TG mengguna peranannya sebagai Mursyidul Am telah membuat gesaan supaya dibuat EGM. Selepas bersyuarat, keputusannya bahawa Pas akan membuat satu seminar politik dan bukannya EGM.
SU AGUNG PAS SANGAT BERKUASA
Cara pimpinan Dewan Harian Pas pro-umno menguruskan krisis dalamannya memberi kesan kepada survival Pas dimasa hadapan. Perkara ini perlu diteliti.
Pimpinan sekarang menguasai birokrasi pentabiran Pas sepenuhnya. Urusan dengan peringkat kawasan Pas seluruh negara adalah dibawah kuasa SU Agung. Urusan resmi dengan pihak luar seperti PR dikawal oleh SU Agong. Harakah pun di bawah SU Agong. Kenyataan resmi parti pun dibuat oleh SU Agong. Adakah wajar semua urusan mesti melalui SU Agong? SU Agung sangat selesa dengan 'previlage' tersebut kerana wujud sindrom senyap dikalangan barisan AJK lainnya. Setengah pemerhati berpendapat sindrom tersebut berlaku kerana rasa takut menegur presiden dan SU Agung. Sepatutnya ahli parti islam tidakbegitu. (Tajuk ini sangat menarik untuk dibincang lanjut)
Ketara sekali yang berkuasa didalam parti sekarang ialah SU Agong. Keadan ini tidak berlaku dahulu. Sangat jarang Presiden atau timbalannya memberi jawapan atau menjelaskan tandatanya pelbagai pihak. Pergolakan politik dalam negara sangat rancak memerlukan seorang pemimpin yang cepat membuat respond! Seolah-olah Pas tidak ada Presiden dan tidak ada Timbalan. Terlalu sibukkah presiden/timbalan hingga semuanya diserahkan kepada SU Agong! Perlembagaan Pas nampaknya ada kelemahan sehingga membenarkan SU Agong berkuasa menentukan sepenuhnya pentadbiran parti. Fenomena ini tidak sihat sekiranya berterusan. Kenapa tidak ada 'separation of duty & responsibility' supaya AJK Dewan Harian, AJK Pusat, Dewan-dewan lain dalam parti berfungsi secara sihat dan demokratik. Sewajarnya Presiden atau timbalannya perlu kehadapan menjawab isu-isu penting!
PAS PERLU ADA MERIT
Cara pas ditadbir perlu menunjukkan merit politik yang tinggi. Pas sudah dewasa. Wajah dewasa itu perlu tampil membawa imej islam. "Islam itu tinggi, Tidak ada yang lebih tinggi". Keikhlasan sebagai seorang pemimpin islam itu mesti menyerlah hingga mampu mempengaruhi pihak luar termasuk orang bukan islam yang hendak melihat keindahan dan keadilan islam yang sebenar. (Kalau tidak masakan Lim Guan Eng berhasrat melaksana keadilan pemerintahan Saidina Omar! Guan Eng dah tahu tentang keadilan islam!) Tentu orang akan menjauhi islam kalau cara pembawaan peribadi dan adab sebagai pemimpin islam tidak menyerlah. Pas tidak mempunyai kelebihan kalau pemimpinnya dilihat sama seperti pemimpin umno yang telah 'corrupt' dan gagal menjadi contoh tauladan yang baik. Pembawaan buruk ala-umno oleh Pas kalau wujud dan berterusan akan membunuh survival Pas sebagai parti islam dinegara ini. Oleh itu gaya memimpin ala-Umno perlu dibersihkan supaya Pas benar-benar menjadi contoh kepada rakyat negara ini. Mereka sekarang sedang mencari satu model pemimpin yang unggul! Model itu ada pada islam. Pas berpotensi melakukannya.
Pembawaan diri TG yang 'genuine' sebagai pemimpin politik islam terbukti diterima oleh orang islam dan bukan islam. Beliaulah 'figure' yang terbaik setakat ini. Pas perlu menonjolkan pembawaan yang dibawa oleh TG. Barisan pimpinan Pas lain perlu selari dengan pembawaan TG. Barulah lah pihak lain termasuk pihak musuh akan mengakui kehebatan Pas. Amat malang kalau pembawaan itu tidak disenangi oleh beberapa pimpinan Pas sendiri... Segala perbezaan pendapat dikendali dengan baik mengikut prinsip-prnsip mesyuarat yang betul yang digariskan dalam buku perlembagaan Pas. Dan yang sangat penting, janji-janji dengan rakan parti lain dibuktikan dengan perbuatan yang meyakinkan.Teringat kepada kata-kata Us. Fadhil Noor dulu yang memberitahu "berjanji setia dengan orang bukan islam dalam perkara baik tidak menyalahi islam". Oleh itu tunaikanlah janji setia itu.
Janganlah cenderung kepada Umno. Umur Umno sudah melebihi 50 tahun. Apa yang telah dibuat oleh umno untuk memertabatkan islam? Jawapannya tak ada. Bila tersepit sekarang, baru melaungkan perpaduan islam. Sebelum kalah teruk PRU12, langsung tak sebut tentang perpaduan islam dengan Pas. Dan yang tidak dapat dilupakan, Umno telah tikam Pas dari belakang semasa Pas bersama dengan BN dahulu. Pas tersungkur di kelantan. Percaturan politik masa itu menyebabkan rakyat menolak Pas. Adakah Umno boleh dpercayai lagi. "Sesungguhnya orang islam tidak boleh dipatuk dua kali.."
Bersambung dimasa lain untuk topik yang sama kerana tajuk kepimpinan Pas masih banyak untuk disentuh. Ikuti rencana seterusnya untuk perbincangan yang lebih terperinci.
Ir. HKT